English
Malay
"Ninamaju" telah memulakan operasi sejak 1981 dan merupakan pengusaha beras yang telah dipercayai jenamanya. Ninamaju Sdn Bhd (69300-V) berasal dari sebuah negeri Jelapang Padi Malaysia iaitu Kedah. Kami memberi jaminan tinggi terhadap keselamatan makanan dan amat menitik berat tentang alam sekitar. Secara tidak langsung menjadikan kami salah satu daripada syarikat-syarikat pengeluar beras utama yang membekalkan makanan ke seluruh negara.

Misi Kami
Membekalkan makanan yang sihat dan selamat kepada rakyat Malaysia disamping mengambil berat terhadap isu persekitaran.

Latar Belakang
Kedah terletak ke utara Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia menyumbang kepada hampir satu pertiga daripada jumlah pengeluaran beras di Malaysia, disebabkan aset semula jadinya yang kaya seperti air dan tanah pamah yang subur.

Ninamaju Sdn Bhd (69300-V), yang terletak secara strategik di Negeri Kedah, Malaysia, hanya bermula dari sebuah kedai yang terletak di Pumpong (½ ekar), sebelum berpindah ke Mergong (1 ekar). Kami sekali lagi berpindah ke sebuah kilang baru di Jitra pada tahun 2009 kerana permintaan yang semakin meningkat. Kilang yang lebih besar, moden dan mesra alam ini mempunyai keluasan 10 ekar. Gudang yang berkeluasan 80,000 kaki persegi membolehkan penyimpanan yang mencukupi bagi hasil pengeluaran padi, sekaligus membolehkan pembangunan perniagaan lain sebagai ejen utama walaupun rangkaian pengagihan kita untuk pelanggan sedia ada, terutamanya bagi mereka di wilayah utara.

Ninamaju Sdn Bhd (69300-V) terlibat dalam pengeluaran beras berkualiti tinggi dan pemprosesan menggunakan mesin berteknologi tinggi untuk memenuhi permintaan makanan harian masyarakat. Kualiti beras kami bermula ketika pemilihan dalam penanaman padi. Ninamaju Sdn Bhd (69300-V) telah menjalankan R&D tentang amalan pertanian terbaik tentang cara penanaman, pembajaan dan meminimumkan kawalan perosak.

Hak Cipta Terpelihara 2010 © Ninamaju Sdn.Bhd
Laman Utama
|
Tentang Kami
|
Produk
|
Berita & Peristiwa
|
Hubungi Kami